Monday, October 25, 2010

Kehidupan Remaja

Di alam remaja terlalu banyak pancroba yang harus dihadapi. Kisah ini mengenai kehidupan yang tiada penjelasan. Pernahkah anda terfikir mengapa ada setengah remaja memberontak??? Ramai yang mengatakan semuanya berpunca dari kawan atau persekitaran tetapi cuba anda fikir banyak kali...ada di antara kita menjadi begitu kerana masalah keluarga yang mana adakalanya ada ibu bapa hanya mementingkan kepentingan diri berbanding anak-anak. 

Dari manakah masalah ini berpunca untuk kebanyakan perkara??? Saya juga merupakan anak yang malang yang mana menjadi mangsa keangkuhan kedua ibu bapa yang asyik mengejar kepentingan diri. Anak sendiri tak terbela apatah lagi mereka sanggup mengorbankan wang ringgit untuk anak orang lain. Bukan membangkang tindakan itu tetapi janganlah sampai anak sendiri tidak mendapat hak yang sama. 

Apabila anak membuat salah mulalah era menunding jari ke orang lain dan tegasnya ini bukanlah cara untuk mendalami hati anak-anak. Cobalah fikirkan apakah punca utama gejala sosial dikalangan remaja kian berleluasa. Kisah ini tidak berkaitan dengan semua remaja di luar sana tetapi hanya pendapat (:

No comments:

Post a Comment